Health Topics

Image-1---Banner

Apakah faktor yang dapat meningkatkan tahap asid urik?

Masa membaca: 2 minit
Setiap orang mempunyai asid urik dalam badan mereka. Namun, komplikasi boleh berlaku sekiranya terdapat terlalu banyak kandungan asid urik dalam badan ataupun digelar sebagai hiperurisemia. Keadaan ini akan meningkatkan risiko gout.

Kandungan asid urik yang tinggi akan berkumpul dan membentuk kristal asid urik. Proses ini lebih mudah terjadi dalam persekitaran yang berasid1.

Apabila kristal asid urik terbentuk pada sendi, serangan gout yang menyakitkan boleh terjadi1. Kesakitan ini kebiasaanya boleh dirasai pada ibu jari kaki. Walaubagaimanapun, serangan ini boleh juga berlaku pada sendi-sendi badan yang lain1.

Berikut adalah antara faktor risiko yang dapat meningkatkan paras asid urik dalam badan2:
Lelaki pertengahan umur atau wanita menopaus
Golongan yang meminum alkohol secara berlebihan
Ubat-ubatan tertentu mungkin meningkatkan asid urik. Sila semak dengan pakar kesihatan mengenai ubat-ubatan anda.
Golongan yang mempunyai darah tinggi, penyakit buah pinggang, penyakit tiroid, kencing manis, atau apnea tidur kerana badan mereka lebih sukar untuk menyingkirkan lebihan asid urik.
Pengambilan makanan tinggi purin seperti daging organ dan daging merah secara berlebihan.
Kandungan asid urik yang tinggi boleh dikaitkan dengan faktor-faktor risiko ini kerana faktor-faktor ini boleh meningkatkan penghasilan asid urik, mengurangkan penyingkiran asid urik daripada badan, atau gabungan kedua-duanya sekali1.
Rujukan:
  • George C and Minter DA. Hyperuricemia. StatPearls [Internet]. Treasure Island (FL): StatPearls Publishing; 2023.
  • Gout: Symptoms, Causes & Treatments [Internet]. Healthline [cited 5 May 2023]. Available from: https://www.healthline.com/health/gout#causes
MAL2288366 NOV 2023
Artikel yang berkenaan
Apakah perancangan diet yang baik untuk pesakit gout?

Bersama-sama dengan ubat-ubatan untuk merawat gout, mengurangkan pengambilan makanan tinggi purin juga boleh..

Memahami Gout

Jika salah seorang daripada ibu bapa saya menghidapi gout, adakah saya juga akan menghidap penyakit Baca Lagi