Health Topics

Article-4

Cara untuk mengawal serangan gout

Masa membaca: 2 minit
Serangan gout paling biasa terjadi pada ibu jari kaki, diikuti oleh siku, lutut, pergelangan tangan, pergelangan kaki, dan lengkungan pada tapak kaki (di antara jari kaki dan pergelangan kaki)1.

Sesetengah individu yang manghidapi gout tidak mempunyai tanda-tanda amaran sebelum serangan gout akan bermula. Mereka mungkin akan terbangun pada waktu malam dengan kesakitan sendi. Walaubagaimanapun, sesetengah individu dapat merasai tanda-tanda amaran seperti berikut sebelum serangan bermula1:
Rasa panas dalam sendi
Rasa gatal dan kebas
pada sendi
Sendi akan berasa
sedikit kaku atau sakit
Cara untuk mengawal serangan gout2
  • Makan ubat yang ditetapkan oleh doktor anda (ubat tahan sakit, anti-radang, dan penurun asid urik).
  • Letakkan pek ais pada sendi yang sakit selama 20-30 minit beberapa kali sehari.
  • Minum air yang mencukupi untuk kekal terhidrat dan membantu untuk membuang asid urik keluar daripada badan.
  • Cuba elakkan semua minuman beralkohol kerana alkohol mengandungi kandungan purin yang tinggi.
  • Gunakan tongkat untuk berjalan agar dapat mengurangkan tekanan pada sendi anda yang sakit.
  • Tinggikan kaki melebihi daripada paras dada anda dengan menggunakan bantal semasa tidur untuk mengurangkan bengkak.
  • Buat stokin mesra gout dengan memotong bahagian jari kaki pada stokin sepenuhnya.
  • Cuba untuk bertenang dengan mengalihkan fikiran anda dari kesakitan yang dirasai dengan menonton filem atau mendengar muzik.
Rujukan:
MAL2288366 NOV 2023
Artikel yang berkenaan
Apakah perancangan diet yang baik untuk pesakit gout?

Bersama-sama dengan ubat-ubatan untuk merawat gout, mengurangkan pengambilan makanan tinggi purin juga boleh..

Apakah faktor yang dapat meningkatkan tahap asid urik?

Setiap orang mempunyai asid urik dalam badan mereka. Namun, komplikasi boleh berlaku sekiranya terdapat terlalu Baca Lagi