1. Jika salah seorang daripada ibu bapa saya menghidapi gout, adakah saya juga akan menghidap penyakit gout1?Jika ibu bapa, adik-beradik, atau keluarga terdekat menghidapi gout, anda juga mempunyai risiko tinggi untuk menghidapi gout. Walaubagaimanapun, faktor persekitaran seperti diet tinggi purin juga dapat meningkatkan risiko gout.
2. Adakah gout lebih biasa dihidapi oleh lelaki tidak mengira peringkat umur2?Gout lebih kerap berlaku pada lelaki kerana wanita cenderung untuk mempunyai tahap asik urik yang lebih rendah. Walaubagaimanapun, paras asid urik wanita selepas menopaus boleh mendekati paras lelaki. Oleh itu, lelaki cenderung untuk mengalami gout lebih awal (antara umur 30 dan 50 tahun) manakala wanita biasanya mengalami gejala gout selepas menopaus.
3. Adakah golongan yang mempunyai berat badan berlebihan atau obes
mempunyai risiko gout yang lebih tinggi2?Golongan yang mempunyai berat badan berlebihan akan menghasilkan lebih banyak asid urik dan buah pinggang mereka lebih sukar untuk menyingkirkan asid urik keluar daripada badan.
4. Adakah gout dapat meningkatkan risiko penyakit lain3?Kajian menunjukkan gout mempunyai kaitan dengan peningkatan risiko serangan jantung, kegagalan jantung, fibrilasi atrium, dan degupan jantung yang tidak teratur. Ini mungkin disebabkan oleh pengumpulan kristal asid urik yang boleh merosakkan saluran darah.
Wanita yang menghidapi gout adalah 71% lebih tinggi untuk mendapat penyakit kencing manis manakala lelaki yang menghidapi gout adalah 22% lebih tinggi untuk mendapat penyakit kencing manis.
5. Bagaimanakah gout boleh meningkatkan risiko kemurungan sedangkan gout bukanlah isu kesihatan mental3?Kajian menunjukkan bahawa orang dewasa berumur lebih dari 65 tahun yang menghidapi gout mempunyai peningkatan risiko kemurungan yang mungkin dapat dikaitkan dengan keradangan disebabkan gout.