Health Topics

Image-3---Banner

Apakah perancangan diet yang baik untuk pesakit gout?

Masa membaca: 2 minit
Bersama-sama dengan ubat-ubatan untuk merawat gout, mengurangkan pengambilan makanan tinggi purin juga boleh membantu mengurangkan risiko gout. Berikut adalah makanan yang anda perlu makan dan elak sekiranya anda menghidapi gout1,2
Makanan yang perlu
anda elak
Daging organ seperti hati dan ginjal
Makanan tinggi fruktosa seperti soda dan ais krim
Minuman beralkohol
Makanan laut terutamanya yang bercengkerang seperti udang dan ketam
Daging merah seperti kambing dan lembu
Makanan yang patut
anda makan
Buah-buahan dan
sayur segar
Minyak berasaskan tumbuhan, termasuk minyak zaitun, minyak kelapa dan minyak kanola
Produk tenusu rendah lemak, seperti yogurt dan susu skim
Bijirin penuh, seperti oat,
beras perang dan barli
Makanan yang boleh diambil
secara sederhana
Daging putih termasuk
ayam
Ikan segar, seperti
salmon
Hari Sarapan Makan tengah hari Makan malam
Isnin Oat bersama yogurt dan ¼ cawan beri Salad quinoa bersama telur rebus dan sayur Pasta gandum penuh bersama ayam panggang, bayam, lada benggala, dan keju rendah lemak
Selasa Smoothie bersama ½ cawan beri biru, ½ cawan bayam, ¼ cawan yogurt dan ¼ cawan susu rendah lemak Sandwic bijirin penuh bersama telur dan salad Ayam dan sayur yang digoreng kilas dengan nasi perang
Rabu Oat yang dibiarkan semalaman (⅓ cawan oat gulung, ¼ cawan yogurt, ⅓ cawan beri dan ¼ sudu teh ekstrak vanilla) Kacang kuda dan sayur-sayuran segar yang dibungkus dalam roti gandum penuh Salmon bakar dengan asparagus dan tomato ceri
Khamis Puding biji chia yang dibiarkan semalaman (1 cawan yogurt, ½ sudu teh ekstrak vanila dengan hirisan buah-buahan pilihan anda). Salmon bakar dengan salad Salad quinoa, bayam, terung dan keju
Jumaat Roti bakar dengan strawberi Sandwic bijirin penuh dengan telur rebus dan salad Tauhu dan sayur digoreng kilas dan makan dengan beras perang
Sabtu Telur dadar dengan cendawan dan labu panjang Tauhu goreng kilas dengan beras perang Burger ayam dan salad
Ahad 2 biji telur dadar dengan cendawan dan bayam Kacang kuda dan sayur-sayuran segar yang dibungkus dalam roti gandum penuh Telur hancur dan lada benggala dibalut tortilla gandum penuh
Rujukan:
MAL2288366 NOV 2023
Artikel yang berkenaan
Memahami Gout

Jika salah seorang daripada ibu bapa saya menghidapi gout, adakah saya juga akan menghidap penyakit Baca Lagi

Cara untuk mengawal serangan gout

Serangan gout paling biasa terjadi pada ibu jari kaki, diikuti oleh siku, lutut, pergelangan tangan, Baca Lagi