APA ITU UTI RINGAN

UTI ringan adalah jangkitan yang berlaku pada saluran urinari bawah. UTI lebih mudah dihidapi oleh golongan wanita.

Tanda & Gejala UTI Ringan

Salah satu tanda yang mungkin menunjukkan UTI adalah rasa sakit atau pedih semasa membuang air kecil, atau dikenali sebagai disuria. Disuria ketika UTI terjadi apabila air kencing terkena dinding mukosa pada uretra yang merengsa.

Tanda dan gejala lain adalah1:

Bladder Weakness

Kerap membuang air kecil

Dysmenorrhea

Rasa tergesa untuk membuang air kecil

Insomnia

Kerap kencing malam

Apakah faktor-faktor risiko?1

Faktor-faktor risiko jangkitan saluran urinari (UTI) adalah:

Womens-Health
Hubungan seksual – risiko tinggi bagi wanita
Pregnancy
Hamil
Bladder-Weakness
Saluran urinari yang abnormal
Vaginal-Atrophy
Perubahan pada uretra dan vagina selepas menopaus
Fingerstick
Kencing manis
Dysmenorrhea
Inkontinens urinari bagi wanita dan benign prostatic hyperplasia (BPH) bagi lelaki
Kidney-Disease
Batu karang
Balloon-Catheter
Kateter urinari

Bagaimana UTI dapat dicegah?

UTI mudah dicegah. Petua paling penting untuk mencegah jangkitan saluran urinari, adalah mengamalkan kebersihan diri. Pengamalan gaya hidup yang sihat turut membantu mencegah UTI seperti mengambil makanan yang menyokong kesihatan saluran urinari, dan mengelakkan tingkah laku berisiko.

Drink

Minum air secukupnya.

bladder

Buang air kecil sebelum dan selepas bersenam atau hubungan kelamin. Kawasan genital hendaklah dibasuh selepas perhubungan kelamin.

Tingkatkann pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi kandungan vitamin C seperti cili benggala merah, buah oren, anggur dan kiwi.

vegetables

Elakkan penggunaan produk pencuci wanita yang mendatangkan kerengsaan termasuk semburan deodoran, bedak wangi dan sebarang produk wanita yang mengandungi pewangi atau bahan kimia.

feminine
genital

Jaga kebersihan sekeliling organ kelamin dan dubur. Anda perlu mengelap dari bahagian depan ke belakang kerana ia membantu mengelakkan bakteria tersebar dari dubur ke saluran peranakan dan saluran urinari.

Tip untuk melegakan ketidakselesaan UTI

sitz-bath

Mandian ‘sitz’.

Merendam punggung dan pinggul dalam air suam selama 20 minit, dua kali sehari. Air suam membantu melegakan ketidakselesaan akibat UTI ringan. Anda boleh tambah sedikit garam atau secawan cuka ke dalam air.

no-sex

Elak seks!

Elakkan hubungan seksual sehingga UTI pulih sepenuhnya.

Bagaimanakah Ural® boleh membantu?

Ural® ialah pengalkali air kencing yang boleh membantu anda melegakan ketidakselesaan UTI ringan. Ural® mudah diambil, hanya campurkan 4 g hingga 8 g (1 to 2 sachet) dalam air sejuk dan minum 4 kali sehari atau seperti yang disarankan oleh pakar penjagaan kesihatan anda.

tab

Melegakan rasa pedih ketika membuang air kecil (disuria)

tab

Membantu meningkatkan tindakbalas antibiotik tertentu (sulfonamide) yang digunakan untuk merawat UTI

made in aus

Diperbuat dari Australia

Lemon flavoured

Berperisa lemon

Sugar free

Tanpa gula

Ural

Dapatkan nasihat daripada pakar penjagaan kesihatan anda untuk mengetahui lebih lanjut tentang Ural®.

Indikasi: Untuk melegakan ketidakselesaan akibat UTI ringan; membantu melegakan rasa sakit dan pedih ketika buang air kecil; sebagai pengalkali air kencing untuk mencegah pengkristalan asid urik dalam terapi gout dan membantu melarutkan batu karang asid urik.