Apa itu Gout
Gout biasanya berpunca daripada kandungan asid urik yang tinggi dalam darah. Asid urik merupakan bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin iaitu bahan semulajadi yang dihasilkan dalam tubuh kita dan juga terkandung dalam kebanyakan makanan.
Asid urik dalam darah biasanya disingkirkan melalui air kencing. Namun begitu, apabila badan mengalami kesukaran untuk membuang asid urik berlebihan, ia akan berkumpul pada sendi dan membentuk kristal asid urik menyebabkan serangan gout yang menyakitkan. Tambahan pula, kristal asid urik ini boleh terkumpul dalam saluran urinari dan membentuk batu karang jenis asid urik.

Tips yang boleh membantu mengawal gout
KURANGKAN pengambilan makanan tinggi purin secara berlebihan1
Diet yang sihat dan seimbang mampu membantu mengawal tahap asid urik dalam darah pada paras yang normal. Amalkan pemakanan secara sederhana dan berhati-hati dengan empat makanan tinggi purin ini:

Alkohol
Serangan gout dapat dikaitkan dengan pengambilan alkohol, terutamanya bir. Oleh itu, adalah disarankan untuk elakkan pengambilannya.
Makanan laut
Ikan bilis, hidupan bercengkerang, dan sardin mengandungi purin yang tinggi, tetapi anda boleh mengambilnya secara bersederhana.


Daging merah, kambing, lembu
Daging merah mengandungi kandungan purin yang tinggi dan dapat meningkatkan paras asid urik.
Bergula & manis
Gula-gula, pencuci mulut, air bergas, dan jus buah yang manis boleh menyebabkan serangan gout kerana kandungan fruktosa yang tinggi.

KEKALKAN gaya hidup yang sihat2




CUBA pengakali air kencing seperti Ural®
Dalam keadaan di mana serangan gout menjadi kerap, pengubahsuaian gaya hidup mungkin tidak lagi cukup untuk mengawalnya. Pengalkali air kencing seperti Ural® boleh membantu mengurangkan paras asid urik dan mungkin dapat membantu mengawal gout secara efektif.
Bagaimana Ural® dapat membantu?
Bagi pesakit gout, pengalkali air kencing seperti Ural® boleh membantu anda mengawalnya. Bagaimanapun, sila dapatkan nasihat daripada pakar Kesihatan anda sebelum menggunakan sebarang ubat yang boleh mengurangkan paras asid urik. Ural® mudah diambil, hanya campurkan 4 g hingga 8 g (1 to 2 sachet) dalam air sejuk dan minum 4 kali sehari atau seperti yang disarankan oleh pakar penjagaan kesihatan anda.

Membantu mencegah pembentukan kristal asid urik

Membantu melarutkan kristal asid urik

Diperbuat dari Australia

Berperisa lemon

Tanpa gula

Dapatkan nasihat daripada pakar penjagaan kesihatan anda untuk mengetahui lebih lanjut tentang Ural®.
Indikasi: Untuk melegakan ketidakselesaan akibat UTI ringan; membantu melegakan rasa sakit dan pedih ketika buang air kecil; sebagai pengalkali air kencing untuk mencegah pengkristalan asid urik dalam terapi gout dan membantu melarutkan batu karang asid urik.