Paras asid urik yang tinggi boleh meningkatkan risiko penyakit gout atau batu karang

Back Pain Leg

APA ITU ASID URIK?

Asid urik merupakan bahan sampingan daripada pemecahan purin, bahan yang dihasilkan dalam tubuh kita dan terkandung dalam kebanyakan makanan.

APA YANG AKAN BERLAKU SEKIRANYA TERDAPAT ASID URIK YANG BERLEBIHAN DALAM BADAN?

Bahan ini disingkirkan melalui air kencing, tetapi kelebihan asid urik di dalam badan boleh menyebabkan serangan radang sendi (gout) khususnya di bahagian jari kaki dan tangan. Ia juga boleh menyebabkan batu karang dan buah pinggang tersumbat.

CADANGAN PENGAMBILAN PURIN

Back Pain Leg

Sesetengah makanan boleh menyebabkan paras asid urik dalam tubuh anda meningkat. Kurangkan makanan yang tinggi kandungan purin seperti organ, ikan bilis, ikan tenggiri, kapis dan kupang, serta sayur-sayuran yang sederhana kandungan purin seperti asparagus, kubis bunga, bayam, cendawan dan kacang hijau. Pengambilan minuman manis yang berlebihan juga menyebabkan paras asid urik meningkat.

Pengambilan makanan-makanan ini dengan berlebihan akan menyebabkan air kencing menjadi berasid serta paras asid urik yang tinggi dalam darah - hiperurisemia. Asid urik akan menjadi kristal di bahagian sendi dan tisu tubuh lalu menyebabkan serangan gout sekiranya asid urik ini tidak dikurangkan.

3
LANGKAH MUDAH UNTUK melegakan MASALAH ASID URIK
1
Kurangkan Pengambilan makanan yang tinggi kandungan purin

imageMereka yang mengalami paras asid urik yang tinggi perlu mengelakkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan purin seperti organ dalaman, cendawan kering, ikan sardin dalam minyak, ikan bilis dan itik.

2
Amalkan
Gaya hidup yang sihat

Minum 8 gelas
air setiap hari

Bersenam selalu
(30 minit sehari)

Elakkan minuman beralkohol

Elakkan
minuman ringan

3
Pengambilan Pengalkali Urin

Berunding dengan profesional penjagaan kesihatan anda hari ini untuk mengetahui bagaimana Ural® boleh membantu untuk mencegah pengkristalan asid urik dalam terapi gout.

ural

PENGALKALI AIR KENCING YANG
BERKESAN UNTUK GOUT!

  • Ural® adalah alkalinizer berperisa enak dan efektif yang diperbuat dari Australia
  • Ural® membantu mencegah pengkristalan asid urik dalam terapi gout dan membantu melarutkan batu karang asid urik
  • Ural® adalah alkalinizer tanpa gula dan berperisa lemon yang enak, sedap rasanya lagi meningkatkan kepatuhan kepada cadangan pengambilan
ural

Dapatkan Baucar Diskaun Eksklusif Di Sini!

Prize

Klik daftar dan nikmati diskaun RM3 untuk Abbott Ural® di farmasi yang terpilih. Kuantiti penebusan berdasarkan asas layan dahulu.